Assalamualaukum semua, nk citer pasai solat sunat Dhuha ni, fadhilat dia memang terlalu banyak, antaranya memurahkan rezeki dan dapat menjauhkan diri dari kepapaan ( bukan ke-papa-an =ke-ayah-an ok). Solat Sunat ini sentiasa menjadi amalan Rasulullah s.a.w.
Bile Masa Dhuha ni?
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7.30 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Macam Mana Nak Laksanakannya?
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Secara Ringkasnya..
1. Solat 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2. Waktu antara 7.30 pagi hingga 1 tengah hari.
3. Niat
Maksudnya : "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
4. Selepas Al-Fatihah, baca Al-Syams pada rakaat pertama dan Al- Dhuha pada rakaat ke dua
5. Ketika Sujud terakhir, baca ayat bawah ni 3 kali
juga boleh dengar dan lihat video atau mp3 kat bawah ni
Video
MP3
UNIC - Doa Dhuha
kalau nak download mp3 ni, click sini
Maksud doa di atas adalah
:
:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanNya kecantikanMu,
keindahanNya keindahanMu, kekuatanNya kekuatanMu,
kekuasaanNya kekuasaanMu dan perlindunganNya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
keindahanNya keindahanMu, kekuatanNya kekuatanMu,
kekuasaanNya kekuasaanMu dan perlindunganNya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Nota Doktot© : Share la ngan kawan-kawan jika mahu kawan-kawan angpa pun murah rezeki, semoga ngan amalan depa, angpa pun dapat pahala gak =) insyaALLAH
No comments:
Post a Comment