Wednesday, 24 August 2011

Digital vs Analog Kad Raya??

Assalamualaikum smua...raya dh dekat..persiapan raya pun sure korang dah ready kan? Lazimnya setiap kali raya, antara barang-barang dan aksesori wajib adalah of kos yg 1st,ketupat,then rendang,then lomang,then kuih raya, mercun dan bunga api, then baju raya,then bagi budak-budak kecik,kompom la Duit raya kan??

Tapi ingatkah korang ngan KAD RAYA?yup..kad raya..sure korang ingat kan..lagi2 time kecik2 dulu selalu rumah kita penuh ngan kad raya,dok tempek kat pintu rumah,dok tempek kat tangga rumah, time tu kad raya still bagaikan sesuatu yang wajib ada time raya.
sampul raya yang aku terima pagi tadi

Namun sekarang ni zaman dah berubah,kad raya diganti ngan hantu raya..eh..haha...diganti ngan SMS, MMS, e-Mail, flash card, or wish kat dinding status FB memasing,utk semua, jimat!! tapikan korang tak rasa kosong ke? Rasa meriah ke macam tu? Bagi aku, semua ucapan dalam bentuk digital ni kurang keberkesanannya, lebih-lebih lagi kepada orang yang kita rapat. Yup, memang kad raya agak leceh, mahal lak tu, tapi sape suruh beli mahal2? yang siap ada lagu lak tu..bukak je kad lagu raya pun berkumandang...haish...tu baru la membazir...

Nak jimat,korang decorate je sendiri, then hantar kat insan2 berkenaan..kad tu walaupun simple, tapi ia amat bermakna bagi insan2 yang rapat ngan kita, mcm aku, hehe..dan secara tak lansung, kad raya ni dapat merapatkan ikatan Silaturrahim antara mukmin insyaALLAH, tapi jangan lupa ikhlaskan niat ok.

Ape-ape pun kita jangan pula lupa tujuan utama hari raya, ianya adalah Pesta bagi meraikan orang yang berjaya melawan nafsu di sepanjang bulan ramadhan..termasuk la nafsu membeli belah..nafsu gak kan, dan janganlah cemari sambutan raya kita dengan menghilangkan pahala ibadah yang kita telah jana sepanjang Bulan Ramadhan, insyaALLAH.

So, bagi sesiapa yang belum beli/buat kad raya,silekan la buat, tak perlu berpuluh2, cukup 4-5 keping, untuk Ummi, Abuya, Adik2 dan Sahabat Baik kita, bagi sahaba2/kenalan yang lain, jika mempunyai cukup bajek, silekan la beri kepada mereka skali, sure insyaALLAH kad itu akan membuatkan mereka tersenyum =)

Ini kadnya,ringkas dan menarik, terima kasih sahabat baikku, Nurul Nazmira Mohd Sehat, kad untukmu akan menyusul selepas ini =)


Semoga kita semua sentiasa dapat rahmat ALLAH dengan merapatkan silaturrahim antara kita, dan jangan lupe bermaafan, bukan time nk raya je k, tp setiap masa, insyaALLAH =)

Nota Doktot© : Mulakan setiap bulan Islam dengan ibadah, ditengahnya Ibadan dan dialhirnya juga Ibadah =)

No comments:

Post a Comment