Thursday 25 August 2011

Macam Mana nak buat status pesbuk bergambar berkelip2?

Assalamualaukum...1st sekali, angpa tengok dulu video kat bawah ni, baru korang akan faham ape tajuk aku ni sebenarnye...



ok, macam mana? ada faham? macam mana nk buat? 

sebelum ni aku dah pernah ajar kat sini, tapi method yang aku nak ajar kali ni berlainan sedikit.

2nd, make sure angpa dah log in dalam pesbuk korang tu..then..

senang je...angpa pi kat web bawah ni...

jeng jeng jeng.......


korang akan nampak mcm gambar kat bawah ni...

click gambar atas ni untuk tumbesaran sempurna

kat sana angpa akan nampak 4 bahagian yang aku tandakan tu, mai sini nk habaq kat angpa..

1. Bulatt yang paling besau tu adalah ikon2 yang korang leh pilih untuk masukkan dalam status pesbuk korang.

2. Bahagian ni untuk korang pilih nak terpapar 'via' ape kat status korang tu..macam contoh dalam video tu...via 'Blackbery' dan via "spongebob". Ade banyak lagi pilihan kat sini...pilih je yang mana korang suka

3. Bahagian 3 ni tempat korang nk tulis ape2 yg korang nk tulis dalam status yang korang akan send kat wall korang sendiri ataupun wall kawan2 korang ataupun wall mana2 page...korang tulis la berapa banyak pun(max 420 character), tulis ikot kreativiti korang sendiri. Pas setiap perkataan yang korang nak letak ikon tu..korang click ke mana2 ikon yang korang nak..

4. Bahagian ni untuk korang isi kalau nak hantar kat wall kawan2..yakni korang kena letak id fesbuk kawan korang dalam ni..mana nak cari id..korang leh tengok bahagian 6 kat bawah ni..kalau nak post status ni kat wall korang sendiri..tak payah isi ape2 ok

5. Sebelum korang ke bahagian ni..make sure korang dah tulis dalam status kat bahagian 2 tu...then korang highlight,then copy(right click>copy) then baru le korang tekan button paste ni..... dia akan buka satu page baru,dan korang paste (right click>paste) la...then tekan button "share kat bawah kiri tu..

6. Click sini kalau angpa tak tau macam mana nak cari ID fesbuk kawan2 korang..selamat mencuba =)

kat bawah ni lak video tutorial bende ni gak in case korang nak nampak gambaran yang lebih jelas..hehe..selamat mencuba =)



Nota Doktot© : pas ni sure kawan2 angpa akan tanya "macam mana nak buat macam ni?"....kalau angpa baik hati...ajaq la depa naa...klu kedekut ilmu tail idong kelat...x payah la naa...hahaha =)

Jom Solat Sunat Dhuha - untuk murahkan rezeki

Assalamualaukum semua, nk citer pasai solat sunat Dhuha ni, fadhilat dia memang terlalu banyak, antaranya memurahkan rezeki dan dapat menjauhkan diri dari kepapaan ( bukan ke-papa-an =ke-ayah-an ok). Solat Sunat ini sentiasa menjadi amalan Rasulullah s.a.w.

Bile Masa Dhuha ni?

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7.30 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

 Macam Mana Nak Laksanakannya?

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Secara Ringkasnya..
1. Solat 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2. Waktu antara 7.30 pagi hingga 1 tengah hari.
3. Niat
Maksudnya : "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
4. Selepas Al-Fatihah, baca Al-Syams pada rakaat pertama dan Al- Dhuha pada rakaat ke dua
5. Ketika Sujud terakhir, baca ayat bawah ni 3 kali

 6. Setelah selesai solat, baca doa dibawah 


 juga boleh dengar dan lihat video atau  mp3 kat bawah ni


Video




MP3

UNIC - Doa Dhuha

kalau nak download mp3 ni, click sini

Maksud doa di atas adalah
:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanNya kecantikanMu,
keindahanNya keindahanMu, kekuatanNya kekuatanMu,
kekuasaanNya kekuasaanMu dan perlindunganNya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, jika  di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

sumber sini dan sini 

Nota Doktot© : Share la ngan kawan-kawan jika mahu kawan-kawan angpa pun murah rezeki, semoga ngan amalan depa, angpa pun dapat pahala gak =) insyaALLAH

Wednesday 24 August 2011

Digital vs Analog Kad Raya??

Assalamualaikum smua...raya dh dekat..persiapan raya pun sure korang dah ready kan? Lazimnya setiap kali raya, antara barang-barang dan aksesori wajib adalah of kos yg 1st,ketupat,then rendang,then lomang,then kuih raya, mercun dan bunga api, then baju raya,then bagi budak-budak kecik,kompom la Duit raya kan??

Tapi ingatkah korang ngan KAD RAYA?yup..kad raya..sure korang ingat kan..lagi2 time kecik2 dulu selalu rumah kita penuh ngan kad raya,dok tempek kat pintu rumah,dok tempek kat tangga rumah, time tu kad raya still bagaikan sesuatu yang wajib ada time raya.
sampul raya yang aku terima pagi tadi

Namun sekarang ni zaman dah berubah,kad raya diganti ngan hantu raya..eh..haha...diganti ngan SMS, MMS, e-Mail, flash card, or wish kat dinding status FB memasing,utk semua, jimat!! tapikan korang tak rasa kosong ke? Rasa meriah ke macam tu? Bagi aku, semua ucapan dalam bentuk digital ni kurang keberkesanannya, lebih-lebih lagi kepada orang yang kita rapat. Yup, memang kad raya agak leceh, mahal lak tu, tapi sape suruh beli mahal2? yang siap ada lagu lak tu..bukak je kad lagu raya pun berkumandang...haish...tu baru la membazir...

Nak jimat,korang decorate je sendiri, then hantar kat insan2 berkenaan..kad tu walaupun simple, tapi ia amat bermakna bagi insan2 yang rapat ngan kita, mcm aku, hehe..dan secara tak lansung, kad raya ni dapat merapatkan ikatan Silaturrahim antara mukmin insyaALLAH, tapi jangan lupa ikhlaskan niat ok.

Ape-ape pun kita jangan pula lupa tujuan utama hari raya, ianya adalah Pesta bagi meraikan orang yang berjaya melawan nafsu di sepanjang bulan ramadhan..termasuk la nafsu membeli belah..nafsu gak kan, dan janganlah cemari sambutan raya kita dengan menghilangkan pahala ibadah yang kita telah jana sepanjang Bulan Ramadhan, insyaALLAH.

So, bagi sesiapa yang belum beli/buat kad raya,silekan la buat, tak perlu berpuluh2, cukup 4-5 keping, untuk Ummi, Abuya, Adik2 dan Sahabat Baik kita, bagi sahaba2/kenalan yang lain, jika mempunyai cukup bajek, silekan la beri kepada mereka skali, sure insyaALLAH kad itu akan membuatkan mereka tersenyum =)

Ini kadnya,ringkas dan menarik, terima kasih sahabat baikku, Nurul Nazmira Mohd Sehat, kad untukmu akan menyusul selepas ini =)


Semoga kita semua sentiasa dapat rahmat ALLAH dengan merapatkan silaturrahim antara kita, dan jangan lupe bermaafan, bukan time nk raya je k, tp setiap masa, insyaALLAH =)

Nota Doktot© : Mulakan setiap bulan Islam dengan ibadah, ditengahnya Ibadan dan dialhirnya juga Ibadah =)

Sunday 21 August 2011

Bulan Mengelilingi Kaabah? sedikit hujah dan huraian yg patut angpa tahu




Gambar-gambar di atas ni sms yang aku terima daripada beberapa orang sahabat,content yang sama.

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

Sekali lagi dunia astronomi malaysia digemparkan dengan sebaran cerita seperti di atas!

Tak menang tangan saya dibuatnya untuk menjawab SMS yang diterima sejak awal pagi tadi.

Seperti biasa, rakyat Malaysia suka sangat dengan cerita-cerita mistik dan sensasi seperti di atas.

Apa? Tak betul ke?

Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..

"Daripada Dato Mazlan astrology"

Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah! Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!

Dan mempelajari Astrologi adalah haram!

"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "

Oppss!! Bulan mengelilingi Kaabah? Setahu saya Bulan mengelilingi sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.

Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?

"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. "

Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan...

"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. "

Kenapa selepas 10 juta tahun? Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?

". Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan ."

Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya.

Lain kali baca, baca dan baca dahulu.

Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.

kesimpulan aku
ahli astrology = tukang tilik,ahli nujum pak belalang(wiki) dan (wiki) lg..hehe

astrofizik = (bahasa Inggeris: "astrophysics") merupakan salah satu cabang astronomi yang melibatkan fizik alam semesta,so ahli astrofizik adalah org yang mengkaji fizik alam semesta dalam astronomi...bkn tilik bulan..hehe(wiki)

manakala 

Astro = stesen tv swasta malaysia ku tercinta...hehehe =P
dan
Loji - Astro = loji kumbahan depa la..xkn tu pn nk habaq lg...haha..

sumber asal artikel  dari sini
rujukan (Agensi Angkasa Negara)ANGKASA si sini

kenyataan akhbar di sini

Nota Doktot© : aku x rasa bende ni dibuat dengan sewenang2nya..sure ade perancangnya sbb lazimnye kita tahu org mesia kita ni ade yg taksub dengan bende2 yg nmpk mcm mistik,anih,unik n lain drp lain. malam tersebut mmg dimakbulkan doa,tapi bkn sbb bulan..tp disebabkan waktu tersebut pada 2/3 malam =) hehe malam2 lain pun doa dimakbulkan doa gak..n setiap masa dimakbulkan doa, kerana ALLAH mahu sentiasa hamba2nya sentiasa memohon dan berdoa kepadaNYA =)

Friday 19 August 2011

Al - Qadr...malam yang sangat sibuk



Assalamualaikum smua..hari ni aku nk kongsi video yang manarik..semoga kita mendapat sedikit sebanyak pengisian dan dapat tingkatkan amal ibadah kita,insyaALLAH =)

Nota Doktot© : penat gak buat editing video ni sbnrnye....import...multi trim, subtitle, title, audio, picture, publish, convert, upload.. embedded....huhu...selamat beribadah =)

Monday 15 August 2011

Betul ke boleh lajuakn Facebook?

Jawapan aku : Ya dan Tidak..

Assalamualaukum smua..haha..ape kabo?meh nk citer skit..aku br baca pasai mcm ne kita nk lajuakn buka facebook yang kadang2 slow(siput laju lg kot) and kadang2 laju, aku dah try,ade sedikit peningkatan dan boleh la...tp klu korang nk try,meh cuba..ikot sini...


1st skali,bg pengguna Windows & dan Vista,tutup UAC(user acount control) korang dlu untuk memudahkan hidup,pengguna XP...terus go on je k....

1st. korang buka My Computer or Computer korang mcm kat bawah ni
then korang tampal adress ni kat kotak adress korang
C:\Windows\System32\drivers\etc\

jadi mcm kat bawah ni
 
korang tekan "enter" akan terpapar mcm kat bawah ni...
korang 'right click' kat host tu,then 'open'...korang open guna "note pad' ok,then korang akan nampak gambaran mcm kat bawah ni
then korang kat akhir note tu...korng tambah entry kat bawah ni...

203.106.85.66 www.facebook.com


dan hasilnya korang akan dpt mcmkat bawah ni

then korang p kat file,dan 'save', atau korang tekan 'ctrl + s' untuk save.then pangkah je, dan korang try surf fb korang...ape mcm?ade berkesan ka?haha...korang try la sdri k....dan nilai sdri,insyaALLAH akan berjaya...

Nota Doktot© : internet paling laju kat dunia adalah di negara korea,klu korang p sana..try la sdri..tak dan angpa nk sedut oksigen,dh kluaq kat screen angpa..hehe

Internet Web Browser mana yang lagi bagus, pantas dan selamat?

Assalamualaukum dan salam sejahtera sumer2...lama x bosting nih...sbb dok godek2 featured blogspot n berkenalan ngan blogspot, Alhamdulillah berjaya membuat beberapa perubahan dan berjaya membuat 'Page Tab" yg kat atas tu, so pas ni korang leh view smua post dalam ketegori berkaitan yang korang nak, dengan hanya click kat page kat atas tu. Haa..hr ni aku nk share skit pasai web browser...

Ape itu web browser?(soalam mcm bdk2 lak..haha..peduli ape aku)

Web Browser ni sbnrnye satu software atau aplikasi yang korang gunakan untuk melayari internet. Antara contoh web browser ni adalah Internet Explorer(IE), Firefox(Monzilla,FF), Google Chrome(Chrome), Safari, Opera, Camino, Lunarscape, Flock dan mcm2 lg yg. Kali ni aku nk citer pasai 4 jenis browser paling fofuler je...IE,FF,Chrome dan Safari.

Satu kajian telah dijalankan oleh salah satu bagian dalam Compuware(taiko ni weh),bahagian yg bernama Gomez(wp pelik..tp ske ati depa la...bkn kedai aku pn), kajian yg dijalankan selama sebulan, melibatkan 1.86billion data(giler ar) daripada lebih 200 website, menunjukkan bahawa 

Chrome adalah juaranya...

horeyyyyy...horeyyyyyyy.....

tp terus terang,aku sbg org yg dh agak lama dlm bidang komputer ni..aku sgt x meminati Chrome ni..apesai?nnt aku citer....dan tempat kedua adalah FF ,ketiga IE dan last Safari...korang leh amati btl2 carta kat bawah ni...

  

ok..dh puas tgk? meh nk citer ape yg terkandung dalam carta ni...1st thing skali..korang tgk carta ni ade 2 kaler kn? satu biru satu ujau....pe bende ni?

Bar biru tu menunjukkan masa yang diambil oleh browser tersebut untuk loading sampai hbs sesuatu page tu,..chroome menang..

dan 

Bar Ijau tu lak menunjukkkan brp masa yg di ambil oleh browser tu untuk nk menampakkan bende pertama yg korang nampak bile membuka sesuatu web...n of kos la chrome menang lg...

Tapi...adakah itu bermakna Chrome pilihan terbaik?

jawapan aku.....tidak..Chrome bukan pilihan terbaik....

tp aku x tau la jwpn org lain kn...

meh aku nk ulas skit nape...

Chrome
 
pro : laju nk surf, nk install cepat, nk lunch pn cepat(nk mule bukak tu),ade 'incognito' mode(korang leh surf tenet tanpa meninggalkan sebarang jejak),ada firewall

con : tak sesuai utk orang yg rajin mendownload(mcm aku), terlalu mudah 'crash'(bikin hangin), tak ada 'save tab when closed',

Firefox

pro : laju nak surf(leh setting bg lagi laju drp chroome,tp atas risiko sdri,n aku mmg guna setting ni),nk install pun cepat,nk lunch pn cepat,ada "private browsing"(sama mcm incognito chrome tu),ada add on utk block iklan sesuatu web(yg bnyk2 memyemak tu),firewall lg kuat drp chrome,leh save "Tab"(tab ni andai korang ada buka 10 web skali gus,bila kluar,leh save dan bile korang msk balik,dia auto buka ksmua 10 web tu blk serentak,utk version 3 dan kebawah sahaja,version 4 n so on x de),ssuai utk yg rajin download

con : auto update utk browser dan add on yg kadang2 buat lunch lambat(leh ubah setting),tu je kot yg stkt ni aku jumpe...browser plg puas hati aku guna n yg aku rekomenkan(Cyber Security Malaysia pun punya pendapat yg sama ngan aku,leh search sdri)

Safari

pro : aku x pernah guna,klu x silap aku..yg guna safari ni pengguna komputer Apple Mac

con : aku x leh nk ulas gak..aku bute Apple..haha

IE

pro: aku x nmpk ape yg lebihnya IE ni...

con : banyak..aku x larat nk citer,n utk pengetahuan korang..IE ni la paling senang nk kena virus dan paling senang nk kena hack,browser yg paling aku tak sarankan

so pas ni korang nk melayari internet...sile buat pilihan yang paling korang suka...korang nk guna chrome pn lantak la...janji korang epy k =) xmo susahkan idop masing2...tp klu korang ikot cadangan aku,insyaALLAH korang akan dpt mengelakkan banyak perkara yg x elok semasa melayari internet.

kesimpulan aku....
browser pilihan : Firefox

browser jangan pilih : Internet Explorer

korang leh dptkan version terbaru browser ni di bawah ni...

Firefox di sini

Chrome di sini

Safari di sini

IE .....korang tekan je button update tu... =)

p/s: lg satu...ade browser yg sangat ringan...dan sgt simple dan laju...leh dapatkan kat sini...aku slalu guna utk tugas urgent ..tp awas...bende ni xde firewall.. =)

sbhgn sumber dr sini

Nota Doktot©: aku bukan la pakar,tp aku tau apa yang terbaik tuk lptpku.....cewahhhh!!hehehe

Sunday 14 August 2011

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa


Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah :

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa. Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim). 

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, 

“Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). 

Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah). 

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, 

“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.” 

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. 

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim. 

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. 

“Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183). 

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, 

“Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i). 

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, 

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: 

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt. 

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, 

“Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).” 

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bersabda

"seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air." (Hr. Abu Ya`la). 

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

sumber sini

Nota Doktot© : artikel ni dikarang oleh saudara kita dari indonesia,harap2 faham la ye...hehe...bahasanya gampang banget ;)

Friday 12 August 2011

Cerita dahsyat disebalik blogspot

Assalamualaikum sumer2...hr ni berjaya gak nk buat posting...nk citer skit ni..td br terbaca status sorg sahabat ni pasai satu trick yg korang leh buat,n korang leh nmpk bertapa liciknya blogspot.com ni....setiap pemilik dan pembaca blogspot leh try kat mana2 blog termasuk la blog ni sdri pn terkena...bkn terkena je..tp mmg kena pn...hadoiiii...mcm ni step dia..

1. korang bukak mana2 blog yg menggunakan domain blogspot.com....contohnye pakpandir.blogspot.com....(sekadar contoh k...p la cr blog sape2...kesian pak pandir ni..haha)

2 . dh tgk?blog tu mcm biasa je kn?then korang buang huruf "s" ditengah2 blogspot itu,,...sampai jadi pakpandir.blogpot.com....then enter...

3. korang tgk ape yg terjadi?nampak?licik x?

setiap akaun blogspot valid utk trik ini...mmg giler ar.....klu korang dh baca ni..sebar2kan la..klu aku sorang je yg sebarkan..mmg x jadi...kena ramai2....smoga pas ni kita lebih hati2 dlm berblogg.....errr..bkn berblog...tp berhati2 dalam memilih tapak blog.....hadoi...nauzubillah...

Nota Doktot©: nk buat web sdri x reti,nk dptkan domain sdri,paypal x topup lg...demam doktot mcm ni..huhuhu...

Wednesday 10 August 2011

Blog Baru..perkongsian yg akan lebih mengganas

Assalamualaikum sumer2..haa..kepada peng'like' page A'MR USM Dr Pc ...ni adalah blog baru dan terbaru yg aku buat utk memudahkan perkongsian mcm2 info n bende ngan korang, ini adalah kerana blog ini mempunyai lebih banyak pilihan dalam cara untuk kongsikan sesuatu...dannnnnn... aku x perlu la nk update kat macam2 tempat...sat p FB...sat p blogger...sat p page...sat p profile....penat seh...melalui blog ini juga aku akan share bukan setakat pasai komputer..tetapi pasai Photography, Silap Mata, Tazkirah dan macam2 lg...so sape2 yg mmg dh ade blog,leh la folo2..hehe...selamat bersahur smua...n selamat berpuasa..n selamat beribadah...n selamat berbuka..n selamat bertarawikh utk sepanjang bulan ni, insyaALLAH =)


Sharing is Caring

p/s: pencapaian hari ni dalam tempoh 8 jam membuat blog, 
  1. letak fb like n send kat post, 
  2. letak fb like box kat kanan ni, 
  3. belajar guna rss feeds dan setting graffiti , (jgn la ko buat pasai)
  4. tuka windows start menu button yg bulat kat bawah kiri komputer korang tu(<---- yg no 4 ni aku akan buat tutorial,windows 7 shj), <--xde kaitan ngan blog
  5. post coretan ni kat korang... 
  6. habiskan smua level Angry Birds versi PC punye(korang nk x?x payah play on9 or beli iPhone,klu nk,nnt aku bg tau mcm ne nk dapatkan) <-- ni pn xde kaitan ngan blog


Nota Doktot©: blogging n jadi komuniti blogger adalah sesuatu yg baru dalam hidup aku.n blogger ni memerlukan kekreatifan...aku lak x kreatif dlm menghias2 ni...hadoiiii...

Tuesday 9 August 2011

Bokeh

Gambar dalam entry ini dalam photography adalah dinamakan sebagai 'bokeh',tetapi bokeh kali ini majoritynya dibuat dengan menggunakan photoshop dan brush.sape2 nk gambar ni just click je kat gambar,view bagi besar dan savekan la =)

















nota Doktot© : seni photography bnyk memerlukan pemikiran di luar kotak dan kreativiti

Assalamualaikum

Assalamualaukum....akhirnya aku buat gak blog setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia komputer ni..hehe...ape2 pun aku buat blog ni utk nk kongsi macam perkara...semoga korang enjoy ngan blog aku,insyaALLAH =)

nota Doktot © : mcm-macam la pilihan kat blogger ni....take time nk explore...