Gambar-gambar di atas ni sms yang aku terima daripada beberapa orang sahabat,content yang sama.
Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...
Sekali lagi dunia astronomi malaysia digemparkan dengan sebaran cerita seperti di atas!
Tak menang tangan saya dibuatnya untuk menjawab SMS yang diterima sejak awal pagi tadi.
Seperti biasa, rakyat Malaysia suka sangat dengan cerita-cerita mistik dan sensasi seperti di atas.
Apa? Tak betul ke?
Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..
"Daripada Dato Mazlan astrology"
Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah! Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!
Dan mempelajari Astrologi adalah haram!
"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "
Oppss!! Bulan mengelilingi Kaabah? Setahu saya Bulan mengelilingi sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.
Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?
"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. "
Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan...
"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. "
Kenapa selepas 10 juta tahun? Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?
". Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan ."
Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya.
Lain kali baca, baca dan baca dahulu.
Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.
kesimpulan aku
ahli astrology = tukang tilik,ahli nujum pak belalang(wiki) dan (wiki) lg..hehe
astrofizik = (bahasa Inggeris: "astrophysics") merupakan salah satu cabang astronomi yang melibatkan fizik alam semesta,so ahli astrofizik adalah org yang mengkaji fizik alam semesta dalam astronomi...bkn tilik bulan..hehe(wiki)
manakala
Astro = stesen tv swasta malaysia ku tercinta...hehehe =P
dan
Loji - Astro = loji kumbahan depa la..xkn tu pn nk habaq lg...haha..
sumber asal artikel dari sini
rujukan (Agensi Angkasa Negara)ANGKASA si sini
kenyataan akhbar di sini
Nota Doktot© : aku x rasa bende ni dibuat dengan sewenang2nya..sure ade perancangnya sbb lazimnye kita tahu org mesia kita ni ade yg taksub dengan bende2 yg nmpk mcm mistik,anih,unik n lain drp lain. malam tersebut mmg dimakbulkan doa,tapi bkn sbb bulan..tp disebabkan waktu tersebut pada 2/3 malam =) hehe malam2 lain pun doa dimakbulkan doa gak..n setiap masa dimakbulkan doa, kerana ALLAH mahu sentiasa hamba2nya sentiasa memohon dan berdoa kepadaNYA =)
No comments:
Post a Comment