Monday, 20 February 2012

Berita Terkini yang mengujakan [Angry Bird]

Assalamualaikum...berita hari ini. Syarikat Rovio melalui gamenya Angry Bird mengeluarkan iklan game dalam versi bahasa Melayu secara rasmi...dan berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak syarikat:

"Datangkan burung-burung pelempar, pukullah babi-babi dan dapatkan hadiah-hadiah misteri dalam Angry Birds. Sungguh mengagumkan dan tersedia untuk dimainkan di Facebook SEKARANG! -->
http://facebook.angrybirds.com/



dan di bawah ini adalah screenshoot dari page rasmi Angry Bird


sekian...


Nota Doktot© : Dah habis main semua versi angry bird....pukullah babi-babi sepuasnye..hehehe....tak larat nak gelak...hehehehehe

Wednesday, 18 January 2012

KLCC Panoramic

Assalamualaikum..ni gambar lama..saja nak upload, hehe =)

camera : Nokia N73 / 2008



Nota Doktot© : ♥ photography =)

Wednesday, 4 January 2012

Assalamualaikum,
daripada Keselamatan ICT USM
Berikut adalah keputusan tidak rasmi hasil mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat 1/2012 yang dipengerusikan oleh CEO USM. butiran minit akan dibawa kepada JKPU.

Hasil keputusan tidak dipengaruhi oleh isu pada akhbar tetapi mengambil pendekatan yang dilakukan oleh kampus cawangan, keupayaan rangkaian, kewangan dan keperluan pengguna.

Facebook
----------
1. Aplikasi Facebook (Games) diarahkan dihalang bagi semua.
2. Aplikasi video Facebook akan dipantau. Keputusan samada untuk menghalang atau tidak akan diputuskan kemudian oleh pengurusan tertinggi.
3. Pengunaan Facebook akan diblok pada segmen wired dalam waktu pejabat. Capaian bagi segmen wireless dibenarkan kecuali bagi perkara 1.
4.Permohonan lain perlu dipohon secara bertulis kepada CIO.

Youtube
---------
1. Capaian Youtube hanya dibenarkan pada hari Sabtu bagi Kampus Kesihatan dan Ahad bagi kampus-kampus lain.
2. Makmal-makmal tertentu akan dikenal pasti bagi membolehkan capaian dibenarkan luar pada perkara 1.
3. Internet TV dan radio masih tidak dibenarkan.
4.Permohonan lain perlu dipohon secara bertulis kepada CIO.

==================================

Ada yang bertanya samada penggunaan Internet akan dikenakan bayaran sebagaimana universiti lain. Ada beberapa cadangan termasuk kuota percuma dengan tambah nilai berbayar dijalankan. Ianya dalam pertimbangan dengan mengambil kira faktor-faktor keupayaan rangkaian dan keperluan kepada penambahbaikan servis.

Ianya masih keputusan tidak rasmi dan mungkin boleh berubah. in hanya perkongsian sahaja dan saya harap pengguna USMNet tidak membuat spekulasi tanpa fakta yang jelas.
Nota Doktot© : harap2nya pihak USM dapat buat keputusan Win-Win...baru semua orang puas hati, smua aku setuju, kecuali berkenaan kenakan bayaran untuk guna internet, huh... =)